8-10 biji kentang bersaiz gergasi dan sederhana
500 g daging cincang
2-4 biji telur (kuning telur dan putih telur diasingkan)
Bawang goreng
Daun bawang dan coriander (atau sebagai tambahan boleh gunakan daun sup)
Serbuk lada putih dan serbuk cili
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Cara-cara
Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak (agak empuk) angkat dan toskan. Kemudian tumbuk lumat.
Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
Kemudian campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga kuning telur, daun bawang dan coriander yang telah dihiris, bawang kering, serbuk lada putih, serbuk cili dan garam secukup rasa. Gaul rata adunan.
Bentukkan seperti bergedil. Bentuk mengikut citarasa sendiri.
Panaskan minyak, betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng.
Celup bergedil yang telah dibentukkan ke dalam putih telur dan kemudian goreng.
Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. InshaAllah bergedil tidak pecah dan gorengnya pun lawa.
Atau, sebagai alternatif, jika tidak mahu menggoreng bergedil boleh jugak dibakar di dalam oven.
Selepas dibakar ~
Bergedil amat sesuai untuk dimakan dengan apa sahaja atau dimakan begitu sahaja... (ececece)
Juga sedap jika dicicah dengan kicap pedas atau sambal kicap.
Cara-cara membuat kicap pedas:
Kisar (blend) 2 ulas bawang putih, cili merah atau hijau yang kecil (pedas), kicap masin dan sedikit kicap manis. Ubahsuai mengikut citarasa.
Boleh dihidangkan bersama bergedil.
Bergedil amat sesuai untuk dimakan dengan apa sahaja atau dimakan begitu sahaja... (ececece)
Juga sedap jika dicicah dengan kicap pedas atau sambal kicap.
Cara-cara membuat kicap pedas:
Kisar (blend) 2 ulas bawang putih, cili merah atau hijau yang kecil (pedas), kicap masin dan sedikit kicap manis. Ubahsuai mengikut citarasa.
Boleh dihidangkan bersama bergedil.
No comments:
Post a Comment